Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Friday, 22 November 2013

Masalahh masalahh!! kenapa pening?? Allah kan ada :)

Sungguh sudah sekian  lama aku tidak menaip. Minggu-minggu kebelakangan ini aku terlalu sibuk sehinggakan nak makan pun tak sempat. Tatkala diberi kelapangan sebegini, lantas aku menerjah blog aku yang sudah lama tidak ku update. Terasa terharu  pabila ada jugak follower yang mintak aku update, thanks ye sebab sudi jengok-jengok blog yg tak seberapa ni.  Moga dengan sedikit perkongsian dari hati yang ikhlas ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat kalian semua..

Sebagai hamba Allah yang lemah, kita tidak mungkin dapat lari daripada masalah. Setiap manusia punya masalah masing-masing, mungkin sama atau mungkin juga berbeza dengan individu yang lain. Tahukah kita bahawa masalah itu sebenarnya ujian daripada Allah untuk menguji iman kita? Ramai yang menyangka bahawa masalah yang dihadapi mereka terlalu besar malahan ada yang beranggapan bahawa mereka tidak mampu lepas daripada masalah itu. Nah! disinilah silapnya mentaliti manusia yang mengambil enteng berkenaan perihal masalah. Berbalik semula kepada firman Allah di dalam Alquran dimana Dia ada menyebut bahawasanya Allah tidak akan menguji hambanya melebihi apa yang termampu:

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… "    ( Al-Baqarah: 286)

Justeru itu, wahai orang-orang beriman, kenapa perlu ditangisi akan masalah itu. Bukankah kamu tahu masalah itu adalah ujian dan "hadiah" daripada Allah untuk menguji keimanan kamu? Sedarkah kamu bahawa masalah yang ditimpakan ke atas kamu itu terlalu ringan jika dibanding dengan ujian yang diberikan kepada kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w tatkala diperintahkan untuk menyampaikan ajaran islam dengan mendapat tentangan hebat dan ugutan bunuh dari kaum kafir? Ketahuilah bahawa ramai lagi yang mempunyai masalah, bahkan lebih teruk daripada kamu. Jadi mengapa harus kamu berputus asa dengan ujian Allah sedangkan kamu mempunyai peluang untuk membuktikan keimanan kamu kepadaNya? Masih ramai yang tidak tahu atau mungkin tidak sedar berapa ramai manusia yang dahulunya berada di dalam masalah, lalu Allah keluarkan mereka dengan rahmatNya daripada kesusahan lalu. Tapi, berapa ramaikah yang bersyukur?? Mereka beranggapan bahawa mereka dapat melewati masa-masa itu dengan usaha mereka sendiri, jarang sekali yang benar2 menyangka bahawa mereka berjaya keluar daripanya berkat pertolongan Allah S.W.T

Ramai yang mencari Allah ketika susah, tetapi lebih ramai yang melupakanNya ketika senang. Oleh itu berbanggalah andainya kita ditimpa masalah kerana hal itu membuktikan kasih sayangnya, memberikan peringatan kepada kita akan dosa-dosa lalu, memberi peluang kepada kita untuk muhasabah diri. Kerana itu, masalah itu adalah satu medium untuk kita memperbaiki hubungan kita dengannya. Masalah juga menunjukkan kasih-sayang Allah, bermakna Allah masih lagi mengambil berat pada kita. Bukankah kita tergolong dalam kalangan orang2 beruntung?? Jadi kenapa harus kita tangisi akan hal itu..

Next entry:
Masalahh masalahhh!!! kenapa pening?? berdoalah, Allah sedia membantu :) 
(to be continued..)








Tinggalkan komen sekali tau :)

Saturday, 14 September 2013

mimpi lagik! asal tido mimpi, asal mimpi je aku tido la tu..

Assalamualaikum..
macam biasa kalo lama tak update blog mesti nak kate dah lama tak update blog, berhabok la berkulat la. Dah tau dahhh (aku tuju kat diri sendiri so toksah touching2 la ye)

This week adalah the very first week untuk semester ni (3). biasalah awal2 sem xde kejo lagi, so masa yg ade ni aq spend la untuk update blog terchenta ni. so aku nk citer apa kali ni??

ok sebenarnya banyak kalo nk citer bab mimpi jer. serabot palotak kalo pikir bab maksud mimpi je. yelah bayangkan 1 malam bpe byk aku mimpi, tak masuk seminggu pastu sebulan bape? tak ke jenuh aku nak mencari tafsir mimpi? orang cakap mimpi tu mainan setan, tp sebagai muslim aku jugak percaya yg mimpi jgak ada maksud2 tersendiri yg kita pun tahu, kita boleh rujuk tafsiran mimpi kita mengikut islam kan? kalo korang pernah baca post aku sebelum ni, aku da citer yang mimpi2 pelik yg pernah aku dapat. Banyak sebenarnya, tp aku pon xingat. kadang2 mase sedar drp tido tu aku ingat lg, back then bila da tido balik terus lupa ingatn hohoho. nak tau tak, sometimes aku ada catat mimpi tu sbb takot lupa. Tp memang berkesan la sbb sekali kita catat, kita akan ingat mimipi tu. tu yg heran kan, kalo kita biarkan je mmg ingatan tu x permanent sonang je ilang.

ni la mimpi2 yang aku dapat (yg aku sempat ingat la):

1. mimpi harimau masuk rumah aku, masuk lak dalam bilik parents. aku, mak n adik-beradik aku sempat lari. Tp yg tinggal ayah aku n nenek aku yg uzur. xtahu apa yg jadi kt diorang. tp yg pelik rimau tu xde terkam kiteorg tau, malah dia rilek2 je baring2 kat dlm bilik tu. rimau yg jenis manja ke ape? tp mimpi macam ni aku dapat 2 kali.

2. mimpi potong sayur kangkung. Kangkung yg ditanam. kangkung tu subur sangat.

3. mimpi siat kulit manusia. aku tak tahu dia tu sape, tp yg aku tahu aku siat kulit kat bahagian hidung dia then makan mentah2.. eeeeeyyyyuuuuu tak sanggup aku nak ingat!

4. mimpi mengejar seseorang. aku tak tahu kejar siapa, tp by group la. tak tahu jugak group tu polis ke sape. tp org tu dpt larikan diri.

5. Mimpi kaki berdarah terkena kaca. Sakit sangat and dlm mimpi tu aku buang serpihan kaca yang melekat kat kaki then basuh luka dengan air. Meleleh-leleh darah keluar, ngeri sangat. Yang mengejutkan adik perempuan aku pun dapat mimpi yang sama jugak.

6. Mimpi gigi berlubang and rasa ngilu sangat. Rupanya petanda ada ahli keluarga yang akan meninggal dunia dan orang itu adalah atuk aku. Arwah meninggal dengan tak dijangka, warded 2 days and terus takde. sob sob sob... susah nak terima kenyataan lagi-lagi aku baru tahu rupanya Allah dah bagi petunjuk sebelum kematian arwah tapi masa tu aku jahil, tak reti-reti nak check tafsir mimpi.

7. Mimpi kena rasuk. Waktu tu time nak sembahyang, yang peliknya nak sembahyang jemaah ngan kawan-kawan aku.Yang kena rasuk nye aku.

8. Mimpi orang bayar hutang. Yang bayar hutang tu housemate aku. Dia berhutang sikit je, tp bayar lebih daripada dia hutang tu so aku cakap kat dia aku amik duit yang dia hutang tu je. Dia bayar berlipat-lipat kali ganda daripada yang dia berhutang sampai aku tak tergamak nak terima. Baik kan aku?? hehehe

9. Mimpi melihat darah kat dalam tandas. Darah tu memenuhi seluruh ruang tandas sampai tak nampak lantai.Aku tak tahu sapa yg ade kat situ tp aku cakap la kat dorang ade org period tp xbasuh darah tu. Then aku tengok skaly lagi kt darah tu, banyak sangat. xkan la darah period sampai macam ni sekali? aku tengok dari mana punca darah tu, dekat2 tu ade kesan darah tapak kaki seseorang yang menghala ke arah aku, aku tengok tapak kaki aku, memang tapak kaki aku melekat dengan darah. Darah tu milik aku ke???????

10. Mimpi membela kucing putih. Kucing tu comel sangat. Main bola tolak2 ngan hidung. Bijak je. Tak tahu maksud dia ape.

11. Mimpi rambut panjang. Dalam keadaan kering. Panjang la rambut tu sampai mak aku suh potong sbb panjang sangat.

12. Mimpi najis dalam toilet. Mimpi yg memang menjijikkan. aku masuk toilet tetibe toilet tu penuh ngan najis manusia. tak taulah xflush ke ape. tp yg pasti aku yg jadi tukang cuci najis tu. banyak kali ulang alik buang najis yg ade dlm toilet tu. adehhh

13. Mimpi menyusu baby. Fullamak rasa macam ibu misali pulak kan? haha seriously aku ingat ni petunjuk aku nak dapat jodoh ke hape rupanya lepas google kome tahu apa aku dapat??


surprisingly maksudnya adalah mimpi tersebut adalah tanda-tanda seorang itu diganggu jin. Adoii angan-anganku musnah sekelip mata. Baru nak perasan jadi ibu, dah kena spoil ngan maksud mimpi macam tu. So far xde la pulak aku nampak kelibat ke ape ke, macam yg orang diganggu jin selalu nampak. Cuma perasaan tu biasalah kan. kita tahu 'dia' ada kat mana-mana so as long as kita xkacau dia then hopefully dia xde la nak ganggu kita.

14. Mimpi memetik buah jambu. Pokok jambu tu kat depan umah aku. Yang peliknya buah jambunya besar sangat sangat dan menyerupai jambu tapi cumi (jelly yg warna-warni dlm bekas cone tu). alahaii, puas google xde maksud ape2 jugak.

15. Mimpi mengandung. fulamakkk!! rasa macam real pon ade. Masa dlm mimpi tu aku pegang perut yg memboyot tu. And kalau ikotkan masa tu dah sarat benor-benor dah, tunggu nk melahirkan je. Tapi kan aku heran sbb aku ngandung tu tempatnya kat kolej yg aku belajar sekarang, memakai baju yang sama time aku tidur waktu tu. Aku duduk kat meja kawan aku punya (shima), and mase tu perut rasa sakit macam nak bersalin (ye ye je ckp gini sdgkan aku pon xde lg pgalaman bersalin cemana aku tahu tu rasa sakit nk bersalin. ye dokk??).  Dlm mimpi tu aku pikir siapa la bapak baby ni?? yelah aku xkawen lagi kot. Aku mmg risau cemana la aku nk gitau parents aku sbb aku pon xtau sapa bapak baby ni. hahaha. At that time, rasa baby mcm dah nk keluar. kawan aku panik la sbb nmpak aku mcm nk pengsan kan. Dia papah aku ke bilik air (apahal la kau papah aku ke toilet sima oii, bawak la pi hospital ke?? nak suh aku beranak dlm toilet ehh??) hahaha.. Masa nk masuk toilet tu aku tengok kat mangkuk tandas ada najis, aku pon pegi la tandas lain (tandas kat kolej kiteorg ade 2), pon ada najis gak. Rasa pening, loya semua dah bercampur aduk, dahle kita ni beranak, manusia mana la pulak p membuang xreti2 nk flush. Tengah2 pening + loya + nak muntah + nak beranak tu aku pon tersedar. Terus ku pegang perutku ini, kempis! baru ku sedar mimpi semata, tp mmg rasa mcm real sbb sakit tu aku rasa, baby nk keluar pun aku rasa.. adehh rasa mcm best pulak ye nak jadi ibu.. (kena kawen cepat2 ni) :))









banyak lagi aku mimpi tp siyes tak ingat. yg heran aku selalu mimpi yg pelik2. aq xtahu la nk dptkan tafsiran ni drp mana. kalo ade yg reti tafsir mimpi ni bagos jugak kan. by the way aku nk citer yg ayah aku jugak selalu diberi kelebihan oleh Allah bermimpi sesuatu yg bakal terjadi. tp mimpi dia bergantung la samada dapat ditafsir atau tak. haritu dia mimpi pergi mengail dengan seorang pak imam yg kiteorg memang kenal di kampung aku. katanya imam tu pakai baju putih je. ayah aku dapat ikan bersisik. so kalo ikot tafsiran orang tua2 dats means ada org akan rugi. tak tahulah rugi apanya. Dan memang betul sbb org yg mendapat kerugian itu adalah AKU! tp xley citer la kan. this is TOP SECRET. maaf la ye.


then baru2 ni dia mimpi pergi minta hutang ngan someone then org tu xnak bayar, dia pon belah perut org tu pakai parang. agak dasyat bunyinya tp aku duk risau2 jugak ni sambil2 tengok apa yg nk jadi. kalini kiteorg xdpt nak tafsir mimpi tu. 


kalo ikot mak aku pulak, dia mimpi ular tedung masuk dlm bilik dia, then ayah aku penggal kepala dia. yg peliknya badan ular yg dah tak berkepala tu melilit tubuh mak aku. apa lagi menjerit la kawan ni. then ayah aku kejutkan mak aku, rupanya jeritan dia tu sampai ayah aku pon boleh dengar. punyalah kuat dia menjerit minta tolong.

ni la mimpi2 yg berlaku lately. harap kalo ade yg nk tolong terjemahkan sgt dialu-alukan :) 


Tinggalkan komen sekali tau :)

Tuesday, 2 July 2013

Resepi ayam masak merah (cili api)

Assalamualaikum..

tiba-tiba plak rasa nak berkongsi resepi. tengah-tengah malam pulak tu. haishh
bukan pe, terlanjur tengok gambar2 masakan yang aku snap masa cuti semester lepas. Tambah lagi, sekarang ni aku teringin nak ada tab menu kat blog tu( jeles tengok org lain ade). Tab menu tu ape? alaa yang kat atas blog tu, ada button tutorial, home dll.. dia macam link la. Nanti aku buat tab menu untuk resepi, dan tutorial yehh.

Okeh, back to basic. Resepi ayam masak merah ni agak pedas sikit tau sebab dia guna cili api. Kesian adik aku yg bongsu tu, tak dapat nak makan sebab pedas sangat kot bagi dia. Takpela nanti lain kali aku masak yang guna cili kering pulak. Adik aku suka sangat ayam pedas ni. Aku pun sama.hehehe

Kalo rasa tak nak pedas, cili api tu gantikan dengan cili kering ye, kelebihan menggunakan cili api ni adalah warnanya memang cantik. merah menggoda gitu, tp memang agak pedas la ye :) aku rasa bagi penggemar masakan pedas, guna cili api memang sesuai kot


hasil air tangan aku :)

sengaja letak bawang lebih.. suke ;)



Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam potong 8
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
4 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar sos cili 
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
1 biji bawang besar-hiris bulat
minyak

cara-cara:

1. Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng- tak payah garing sangat ok
2.kisar bawang besar dan bawang putih
3.panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau
4.masukkan cili kisar dan kacau hingga cili masak dengan api sederhana
5.masukkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air
6.masukkan madu dan tambah lagi sedikit air
7.masukkan ayam dan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit
8.masukkan garam jika perlu da bolehla angkat
9. Sedia dimakan dengan nasi beriani, tomato or hujan panas :)

kalau ikut aku punya cara, aku kisar bawang putih, besar dan cili sekali terus. Cili tu yg fresh sbb tu rasa pedas. Sebab selalunya la kan orang prepare the cili kisar tu sebelum nak masak benda ni, sebab tu rasa dia dah tak pedas sangat. Papepon, korang bley try buat resepi ni ikut citarasa korang masing-masing. Goodluck!

InsyaAllah, nanti aku update ayam pedas yang guna cili kering pulak.. Stay tune and nantikan chef syue dengan resepi masakan yang lain..

**bunyi macam terer masak pulak kan? hehe
siapa kata perempuan cantik tak pandai masak..wawawawa :p




Tinggalkan komen sekali tau :)

Monday, 1 July 2013

BLOG AKU KINI BERWAJAH BARU

haii

tujuan entry ini ditaip adalah sebab nak bagitau yang blog aku ni dah bertukar warna. selamat tinggal kegelapan, selamat datang keceriaan. (betul ehh??).
hidup mesti ceria dan gempak2 selalu..

setelah puas menggodek situ sini akhirnya nampak la jugak kesan godekan tu pada blog aku ni. Tak tau la kenapa pulak rasa gatal nak decorate blog, padahal dah berzaman dah tak ambil kisah.

So far, blog ni masih "under construction", and mmg perlu diupgrade lagi la. Cuma teringin pulak nak menambah followers yang tak berapa ramai ni.. so sapa sudi follow itte nanti letak link kat komen ni yeh, aku follow balik nanti.

oklah akhir kata, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~~ tetiba


motip letak gambar kucing comel ni sebab comel mcm blog aku ni.. hahahah


Tinggalkan komen sekali tau :)

Friday, 28 June 2013

CHINESE LOOK?? Eerrrrr..

Helloooo u allzzz (nada gedikk)

Dah baca tajuk post kat atas?? hehehe malu la ittew nak citer. bukan pe takot ade yang pengsan, muntah, pening lalat and so on and so forth baca post ni pulak kang..

nak citer tak nak ehh?? 
ummmmm..
citerla..
ehh xpelah, xyah la kot..
errrr..

oklah, kepada pembaca sekalian, kalau dah rasa loya, better stop ye. Kalo mahu teruskan silakan..hihihi
peristiwa ini terjadi mase bulan April lepas. Masa tu aku keluar ke Plaza Alam Sentral menaiki bas sendirian tanpa ditemani sesiapa. Masa tu aku ditimpa masalh yang sangat besar, dan keluar ke mall dengan harapan dapat tenangkan jiwa. (besar sangat masalah tu hik hik). Sebelum aku sampai ke PAS, aku menagis-nangis dalam bas. sengaja aku duduk sorang2, xmao duduk berdua dgan penumpang lain sebab mmg niat aku nak menangis mase tu tanpa dilihat sape2. Nasib baik waktu tu xde orang sangat, jadi bolehla aku melepaskan air mata yang sudah lama bertakung. hohoho
Memang jenis aku, kalau aku bersedih dan berduka lara memang aku akan menyendiri sehinggalah aku sendiri carik balik kawan2 untuk kongsi masalah bila dah ok. Tapi ade setengah masalah kita xley kongsi kan? okla, xyah pikir pasal masalah ni. berbalik semula pada cerita. Dijadikan cerita, bila sampai je,  aku pun melangkah lemah menuju ke muka pintu PAS dalam keadaan mata yang agak bengkak, hidung masih merah dan berair lagi (aku kalo nanges hidung macam badut tao, opppsss!!) Waktu nak masuk tu, aku lalu la depan sorang amoi cina yang menjual keychain couple. Dia tahan aku. 

"Mali maaa tengok ini keychain. Halini promotion maa, 3 keychain 60 linggit saja."

Macamtulah lebih kurang amoi tu cakap. Dia bagi aku satu form untuk diisi. Katanya sapa yang beli keychain tu kena isi nama dalam form tu. Waduuhhh, kok bisa? RM60 tu mahal dik oi. kalo makan pizza bley order satu set dah. hahaha tapi sebab mase tu fikiran tengah serabut, so aku amik la form tu, teliti je form tu. Sebenarnya bley je blah tp xtau la, fikiran kosong giler masa tu. Tengah2 pegang form tu aku tunduk je muka takot amoi tu perasan aku nangis. cover2 la sikit hidung yang da merah macam badut sarkas tu. 
tetiba amoi tu tunduk and pandang aku, adehh suspen gilo amoi tu

dia pon tanya aku, tapi kalini bukan dalam bahasa melayu tp cina.

ayyak! cina ka?? NIHAOMA?

aku tengok je amoi tu, xbalas pertanyaan dia.. aku tunduk balik. aku pun jawab. "HAO"

terkejut amoi tu. then dia tanya lagi dalam bahasanya. tapi kalini aku tak ingat la, cuma maksud dia "umur berapa".

aku buat bodoh je sebab memang aku tak paham bahasa dia. setakat NIHAOMA tu semua orang tau kan. Bila aku senyap xjawap pape, dia tanya balik dala bahasa melayu. umur berapa. then aku jawab la 20..

haaha, dia pon tau la aku melayu, bukan cina. dia kata apa?

"ooo melayu, ingat cina maa.. muka ala nampak cina"

aku sengih macam kerang busuk, dalam hati, betul ke??? hahaha.. mungkin masa tu muka pon da merah sbb baru lepas nangis. xpela, sekali sekala dapat pujian kannn?? (PERASAN TAK AKU??) ngehh ngehhh
tak tau la dia puji tu memang betul atau sengaja nak jual barang dia. amik hati customer la katakan.


aku bagi balik form kat dia. Tak jadi beli. aku cakap aku nak tengok2 je. dia macam hampa, ada aku kesah?? JAHAT KAN AKU??.  aku pun pergi meninggalkan amoi yang terkulat-kulat sendiri.. KESIANNN... rancangannya tak berhasil kot. xpelah, mungkin rezeki dia kat orang lain bukan aku.

Aku anak kedua dalam 5 orang adik-beradik. Muka memang mirip mak aku. Dalam family aku, boleh dikatakan akulah yg paling putih. tak tau ikut baka mana (mak aku kot sebab dia putih gila masa muda). tapi aku xdelah putih mcm org putih tu. putih melayu macam mana kan?? tapi aku pelik ngan amoi tu. aku ni jenis yang bertudung, cemana dia boleh ckp aku cina plak. nampak sgt la islam kan. ke dia pikir muallaf kot? hahah BTW tak kisahla sebab aku bangga menjadi MELAYU dan  aku rasa muka aku lebih kearah KEMELAYUAN rather than CHINESE LOOK. tak kisahla orang nak kata ape, janji bahagia.ok?

Next semester ade third languange. Aku ade 2 pilihan samada nak amik chiness or japan. Aku suka bahasa jepun sbb bahasa dia bagi aku cantik sangat (aku pun da banyak belajar drp citer NARUTO). haaa oppssss da terpecah rahsia suka tengok anime tu. (manga xsuka sangat sbb penat nak membaca + takpaham bila jalan cerita bila diorang fighting). Serabut je..

 klah, Sehingga berjumpa di entri seterusnya.
 assalamualaikumm..




Ada sesape nak beli buku ni???






Tinggalkan komen sekali tau :)

Saturday, 22 June 2013

MANIFESTASI SENI UITM 2013 (PUNCAK ALAM DAN PUNCAK PERDANA)


Assalamualaikum... aduhh lama benar si enggak update blognya ya! hahah sibuk dong sama test, presentation jugak dengan assignmentnya. Baru punya waktu buat ngisi entri baru disini. heheh tetiba ngomong indonesia dehh.. enggak papa deh, kapan2 punya waktu bisa diajak ngomong barang sama aku dong :)

kalini aku mau ya cerita sama kamu soal aktivitas aku di uitm puncak Alam lewat 21 jun 2013 yg lalu. Ya aku kesana barang2 sama members yg lain buat show gitu lahh.. waduhh keren enggak si?? kalo mau liat persembahannya silakan dong nonton di sebelah kiri post ini. Aku udah nyiapin/ embed videonya buat paparan teman2 di blog aku ini. hehe dikomentar yang baik2 aja dong, kita punya waktu cuman 4 bulan, itupun praktis tarinya cuma 1 kali seminggu aja, jadi shownya ya mungkin cuman biasa2 doang dan tidak pantas deh dibanding sama penari professional gitu lorh. Sebenarnya, show ini adalah salah satu keperluan untuk subjek kokurikulum kami ( tarian tradisional dan kreatif) semester 2, punya 2 bagian iaitu Tarian tradisional dan kreatif 1 dan 2. Bagian 2 nanti dipraktis lewat semester depan (semester 3). Kalo perlu buat show untuk semester depan, kami perlu praktis lagi tp dengan tarian tradisional yang lain. Kalau enggak jadi show, kami cuma perlu jalan2 makan angin aja untuk semester depan. Doain shownya enggak ada ya! :)

Tarian ni dinamakan zapin (negeri Johor). Tariannya agak susah kerna rentaknya yang agak laju. Silakan dicari aku dalam videonya ya.. Hehehe 
seterusnya foto2 pula boleh diliat dibawah, jangan kaget ya kerna fes time gitu lorh muka aku dimake up, perasaan kayak pengantin juga ada si.hehe perasan cantik dong ah.. Trimas yang amat buat choreographer kami, Cek Dean kerna udah penat lelah ngajarin kami, sedih lorh kerna beliau enggak dapat sama2 kami pd hari show kerna sakit. Kami doain moga beliau cepat sembuh.. aminn


sebelum berangkat










Sewaktu dalam bas.. horreeeyyyyyy!! (biar pon lapar yg teramat ) -_-


Bersama juru make upnya cek Remy sweet :)



cuman 2 kumbang dalam 13 bunga.. ahakz!!


gaya seorang penari baru belajar, heheh



enggak tau deh siapa??


ingat lembut2 xde silat??? hamek kauu wachaaaa!!


jadik lembut balik.. (dia ni xsempat abys majlis da tukar baju) ish3



our choreographer (cek dean) yg kiut, n chomel, get well soon :) 


Oklah, enggak tau lagi mau ngomong apa, yuk sama2 nonton video ni.. silakan komentar ya :)


untuk video yang gedek, sila klik sini ya! semoga terhibur :)

VIDEO MANIFESTASI SENI UITM PUNCAK PERDANA.


Tinggalkan komen sekali tau :)

Monday, 11 March 2013

henpon baru??

waaaaaaa sungguh lama aq xmengupdate blog aq ni. xpelah, skunk baru kul 2.41 a.m kot (padahal mata dah ngantuk yg teramat dah). esok xde klaz, so aq igt nk buat luahan hati siket kat blog aq yg comel ni. comel la sgt ecececeeee

aku mmg nak beli phone. dah lame aq ngidam smartphone yg baru. lagik2 kerajaan bg rebate rm200 lak tu.mmg la dgn umur aq yg baru nk masuk 20 thn(muda lagi aq nih upenye yee) ni mmg xdpt la aq nk merasa rebate tu, tp kakak aq ni nak bg aq rebate dia tu sal dia xguna pon. da ade org offer rebate dia tok aq sape xnak kann??permasalahannye duit skunk ni macam xbape nak cukup je nk beli smartphone. yelah kalo 20sen 30 sen ke bulih la aq mntak ngan mak aq kn, ni men beribu2 ni sapo nok kasik jang oii.

xpelah pape pon aq redha, kalo ado nasib den dapat la merasa pakai phone baru. model Phone yg aq plan nk beli tu byk, antara yg aq minat tu s3, iphone 5, n note 2. puas aq survey satu2 tp pening gak xtau yg mane paling ok. kang silap beli nyesal lak. 


iphone5
Iphone 5 ni mmg canggih+cantik, tp aq xnak menafikan yg model samsung pon ok ape. lgpon hrge lebih kurang je, function pon. masing2 ade kelebihan sendiri. tp ble pk balik buat pe nk bangga ngan buatan USA&Barat ni sedangkan org Asia boleh tandingi dorang. urmm.. iphone mmg nampak branded n peggunanya nampak bergaya. Tp kene ingat lak yg iphone ni susah kalo nk transfer file ke hape. dia nak same2 geng dia jee. kalo kawan2 aq sume pakai apple bolehla. camtu gak ngan komputer. kene geng2 dia je baru dia nk "kawan". sombong tol brand ni. ni mesti xmasuk tadika dulu sbb tu xreti nk brcampur ngan org.haahah

samsung galaxy note 2
ni lak note 2. siyes aq suke. sebab ape tau dia punye screen besar, ade stylus pen lg. agypon note ni pon smartphone gak. means note+phone. waa hebat la. tp saiz dia besar sgt smpaikan kalo nk masok dlm poket pon msti trjulur kluar gak. lg satu, time nk call mmg agak memalukan dgn saiznye yg besar tu kat telinga. better guna handsfree jelah kan.

samsung galaxy s3

Haaaaaaaa...... dalam byk2 phone yg aq survey, phone ni yg aq paling bekenan. saiz ok, camera cantik. paling mgjutkan, phone ni sgt digilai ramai. mmg ade siket yg kurang sal phone ni tp the fact is, dia bley tanding iphone 4 tau! hebat x?? pape pon aq still lam proses menganalisa phone2 yg trbaik. korang ade komen ke cadangan ke sal phone? aq xexpert sgt bab ni la..






Tinggalkan komen sekali tau :)

Copyright© All Rights Reserved syuesyiey.blogspot.com