Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 12 November 2012

mimpi pelik lagi!!

Assalamualaikum.. dan salam 1 Malaysia..

Maybe this time around I should be more serious in telling this. Aku pelik sebab kenapa le dua tiga hari ni aq asyik dapat mimpi pelik je. kenapa? apa dah jadi dengan aq ni?? Yang pelik bin ajaibnya lagi sumer mimpi ni berkait dengan mimpi-mimpi seram. Aq xpaham kenapee la engko nak masuk dalam mimpi aq nih. Kalau nak kate aq fikir benda bukan2 sebelum tidur, xdelah pulak but aq selalu fikir benda2 yg indah2 sebelum tidur instead of having these kind of spooky dreams. Sape la nak dapat mimpi macamtu. seramm kot. Berbalik kepada mimpi2 pelik tadi, dlm sem ni aq pon dah xingat brape kali aq dpt mimpi yg cenggitu, yang aq ingat mahupun xingat. But I will definitely tell my friends right after I woke up. Kan mimpi sometimes kita dpt ingat if kita citer kt sesape lepas mimpi tu. Mimpi2 tu xtermasuk lagik mimpi2 seram lain yg aq xingat. Entah bape la.. ok sebelum korank penat membaca entri ini, mari same2 tinjau mimpi2 ngeri yg pernah aq dapat :

1. Mimpi pasir tsunami :

The first impression towards this kinda dream is.... WAAAAAAAAAA!!!!!!!!! knape ko datang dlm mimpi aq hah??? shuhhhh shuhhhhhhh!!! tsunami pasir pon ada ke? aq ingat tsunami tu ombak air je!! mintak jauh la mimpi cenggini. At that time, aq tengah main2 kat tepi pantai. ramai gilerr orang mase tu.. Yg peliknye lagi dorang macam berpakaian seksi tau, macam somewhere in overseas gitu.. Tengah- tengah khusyuk main tue, tetiba aq dengar suara riuh rendah org ramai yg berlari2 nak selamatkan diri..Aq pelik, kenapa la dorang ni?? tp apa yg mengkezutkan aq adalah aq nampak besar giler punya ombak pasir sedang menuju ke arah kami. woihhh!! apa aq nak buat ni??? tanpa berpikir pendek panjang, aq terus berlari naik ke atas bukit berdekatan dengan pantai tu (aq pon pelik dekat pantai ada bukit ke?) Lagi pelik bila that hill is very familiar to me, somewhere like I've been there before.. So, sampai sane, aq lihat peristiwa yg sedang berlaku, aq jugak heran sebab kat situ ada satu pondok n ada sorang makcik memerhatikan tragedi tu dengan lagak selambee jee.. aq dlm hati berkata " dah makcik ni apehal xdek perasaan langsung ni? kot ye pon, tunjuklah ekspresi muka siket. terkejut ke, hapa ke. ni tak, selambe je dia tengok".. aq mmg xleh nak citer la perasaan mase tu dengan kalut nyer, kaku xtahu nak buat ape. ape yg aq boleh buat just berdiri kat situ n tunggu sampai tsunami tu xde. Bila dah xde, aq terus turun dr bukit n mendapatkan mangsa2 tsunami pasir tadi kot2 aq ada pape yg aq boleh tolong ke even mase tu aq xnampak org lain melainkan makcik yg selamba rock memerhatikan kteorg tadi, sadisnya dia stay kat situ tanpa turut sama turun membantu. aishhhh!!! pelikk la makcik ni!! 
Kat sini nak stresskan lagi kehairanan yg melanda apabila melihat semua org yg berada kat pantai tadi dah meninggal dek tertimbus dengan ombak pasir tadi. ape yg aku nampak hanya tangan2 mangsa yg terpacak, mungkin cubaan untuk keluar drp pasir tu kot. MasyaAllah siyes! kesian betul wehh..  tp yg peliknyee..aik??? bukan ke dorang selamatkan diri dulu ke drp aq? aq lihat sekeliling! aq sorang je ada kat situ. Means aq sorang je terselamat ! herann!! cemana dorang xsempat naik ke bukit tu? tp mimpi tu sampai situ jer sbb aq dh tersedar....


2. mimpi berlawan dengan saka!

Yang ni memang seram! even aq xdapat nak tengok physical saka tu, tp apa yg aq tau aq mmg fighting over it dengan ayat2 suci Al-quran.Tp yg kelakarnya saka tu ada nama tau, OBAMA nama dia! perghhhh bukan ke nama presiden Amerika Syarikat ke tu?? amboiii nak nama yg kelas2 engko nih! nama pocong ke, pontianak ke, hantu mak limah ke xnak!!! perasan je lebih :p .. oklah, Macamana aq boleh fight dengan benda ni? ceritenya begini, aq xtahu kenapa aq dpt sense yg kawan sebilik aq ni pelik, then aq jugak xtahu ape yg mendorong aq unt membaca ayat Qursi dan meniupnya ke dalam almari housemate aq nih.. Yg aq pasti sebelum aq buat benda tu, aq mmg ingat aq kunci pintu bilik korang. Abys tiup je aq terkejut cemana housemate aq ni boleh terpacak kat belakang aku!! aq pelik sbb aq dah make sure pintu bilik berkunci oiiii!!! huhhh!! ape aku nak buat?? tetibe je angin kuat berpusing2 keliling badan aq. Aq pon ape lagi, baca la ayat2 suci Alquran. tp apa yg aq ingat aq xsempat nak habiskan bacaan pon lagi, tetiba je aq dikejutkan dengan deringan alarm drp phone aq! huhu selalu tergantung mimpi aq nih..

3. Mimpi pembunuhan orang gila secara beramai-ramai :

Dalam mimpi ni, aq tengah order mee celup kat warung somewhere in my village. At that time, aq ada ngan kakak aq la.. waktu, petang area pukul 6 camtulah.. Mase tengah tunggu order siap, aq pelik tau tetiba terpandang seorang gila merangkak nak menyeberang jalan. Bila aq amati dia, dia ni agak meyeramkan lah sebab muka dia penuh jambang, dan at that time dia ciap berbogel lagi. amboii free show nampak! Aq xtahu la pulak dia ni laki ke pompuan sebab jarak kteorg agak jauh la jugak, Muka pon aq xdpt tengok sgt sbb dr jauh kan. cuma yg aq pasti dia memang berjambang n badan dia berbulu..huiii!! dah nampak pelik kan, aq pon tengok la dia ni nak g mane sebenarnya nih?? aq selambe je tengok die.. pelik tau sebab dia merangkak lintas jalan sbb nak kata cacat x. Apa yg aq boleh rumuskan dia ni sebijik macam orang utan tp dia berkepala manusia.. hurmm, bila dia selesai je lintas jalan, tetibe je ada sorang lagi org gila approach dia. lagik sorang ni pulak kurus keding n rupa xdpt kenalpasti.aq xtahu ape terjadik mase tu sebab tetiba je org gila yg kurus ni lari, then orang ramai berkerumun keliling org gila yg first tadi.. Memang mimpi ni more specific kpd dia lah.. aq dah heran dah kenapa sumer pakat kerumun dia. apa salah dia?? aq nampak muka dia takut.. aq nak tolong!! tp ada org yg halang aq..aq xsure sape, kakak aq ke sape ntahh..
tetiba aq tengok ada something yg macam ekzos motor kat kiri ngan kanan badan dia. means, someone dh ikat benda tu kt badan dia. Kenapa pulak dengan dorang ni?? pening aq la! then bila  tibe je part doang pukul benda yg macam ekzos tu dengan kayu macam kayu hoki xsilap, berteraburlah semua kaca2 kena pada tubuh si dia tadi bersama darah yg membuak2 keluar drp tubuh dia. yarkkk!! kaca ke?? aq ingat besi sbb ekzos motor kan drp besi? pelik sikit. aq xingat pape dah mase tu tp mmg aq meraung macam org gila kat situ nak gi tolong dia tp mmg ada org yg pegang aq, so niat aq terhalanglah mase tu. aq xtahu bila,aq tengok org tu tadi dah terjelepuk kat tanah dah. and still aq meraung2 lah kat situ. benda ni macam real giler. aq ase macam betul2 nangis kot! kesian dia...... sampai situ je mimpi aq sbb lagik sekaly aq tersedar tanpa sempat menghabiskan ending cerita mimipi aq...



aq mmg berdoa kat Allah moga mimpi ni xde ape2 maksud xbaik...Mimpi kat atas ni sume aq dapat mase aq tidur sebelah petang, bukan malam.. kalau malam aq akan baca qursi bagai sebelum tidur, p lau petang mmg slalunye xde pulak sbb nak niat nak tidur kejap je (kejap la sangat!).. mungkin mainan syaitan je kott. Hopefully~~


p/s : diingatkan bahawa aq tidak letakkan apa2 jenis gambar kat atas ni. Cemana aq nak letak?? aq nak google pon takut.. xpelah! korang boleh imagine sendiri dah cemana situasi2 kat atas.. yg pasti memang seram. Akhir kata JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI!!! 

okbye! :)


Tinggalkan komen sekali tau :)

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved syuesyiey.blogspot.com