Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 27 November 2012

sibukk ke??

assalamualaikumm... ingin aq ulang sekali lagi ayat yang mmg blogger suka guna kalau lame xupdate blog.. hahahah sibukk.. sibukk ke??

sibuk wehh. minggu ni pon berapa esaimen kene wat daaa!! adoiii pape pon aq tetap akan update blog aq ni kalau ada mase. Sambil2 update blog ni, bley jugak dengar lagu-lagu yg aq baru upload ni. Lagu-lagu yang korang bley dengar kt blog aq nih adalah koleksi lagu2 korea yg aq suka.huhuhuhu ntah kenapa 2 3 menjak ni suke pulak dengar lagu korea, sebelum ni dengar lagu Jepun (Naruto) jerk, siap bley hapal lagu dio. hohohoho. pelik ke?? xkan?? pelik ke kalau sorang pompuan layan Naruto? ape? ko ingat Naruto tu citer dak2 laki jer kerrr?? ngeh ngeh ngehhh

Disebabkan idea yg xberapa nak ada ni, aq xtahu le nak citer pasal ape kt korang, hohh!! seriously out of ideas :( .. Tengah2 bosan ni, aq suka layan perasaan, seriously aq akn recall balik apa yg aq dah buat sepanjang hidup aq! maklumlah tahun depan dah nak masuk umur 20 dah. Sedihnye nak tinggalkan usia remaja nih. So far, aq ada masa sebulan lg bergelar sebagai remaja.. huhuhu siyes sedihh. usia remaja kang sekaly jer seumur hidup. Bila pikir balik, banyak sungguh kenangan manis mahupun pahit sepanjang hidup aq ni.. mmg xkan aq lupekan smpai bilerr2

zaman sekolah dulu aq paling takut bende ni!! siap kene kejar ngan cg lagi.. xnakkkk!!!!
fobia aq T___T


Mengimbas kenangan dulu, teringat pulak zaman sekolah rendah,sekolah menegah dan sampai bergelar Mahasiswi. Sungguh aq nak patah balik pada zaman dulu2.. ase nak jadi budak2 balik je, bestnyeee!!!
Cepatnye mase berlalu, baru semalam aq rasa aq tengah main pondok2 ngan sepupu sepapat aq (opppsss!!!) 

Bestnyeeerr main pondok-pondokk :)

seriously kenangan-kenangan dulu mmg xkn dpt dilupekan la, sedihh.. oklah aq nak stop dulu lau x mau nangis aq ni, senang sgt touchingnye... Rindunyee kawan2 kat sekolah rendah, menengah dan rakan-rakan TESL.. korang cemana sekarang???? T_________T


Tinggalkan komen sekali tau :)

Thursday, 15 November 2012

cakap sal lelaki idamannnn :)

Assalamualaikum semua.. ngeh ngehh, jam sekarang tepat menunjukkan pukul 5:30 pagi ketika aq menekan-nekan keyboard laptop aq nih! kenapa ler mase ni jugak le yg aq nak update blog. siang2 xde ke syue ehh?? alahaiii.. oklah sebenarnya xsio teman nak mengupdate blog diwaktu kawan2 semua berselimut bagai. Tp disebabkan assignment punya pasal, aku gagahkan diri jugak. Hai!! kalau takat nak berfb bagai boleh pulak jaga sampai lewat malam. ni sebab satu assignment pon nak kecoh. apaa daaaa!!

Dateline kalau ikut lambat lagi tp sengaja buat awal2 sikit (sebenarnye xdela awal sgt pon). ada brape minggu je lagik. hak hak hakk macam org gila dah aq nihh, Berbalik kpd topik diatas, korang ada rasa nak muntah x? kalau rasa loya, mual bagai korang dinasihatkan agar tidak terus membaca bait-bait ayat seterusnya sebab.. sebabb.. sebabbbbb??? ko pikir la sendiri!! (ayat Nabil). huhuhu
klah, serius sikit.. ehem ehem, semua org ada taste masing2 kan? even makcik jual nasik lemak pon ada taste nak cari port mane nak meniaga. (tetiba plak ^^" ). dipendekkan citer, kalau aq la, aq suka sangat laki rambut tutup dahi camni. kenapa? bagi aq dorang sweet sgt n seriously nampak romantik. hahah xtau lah tp itulah fakta yg aq xdpt bangkang. Fes impression aq kt org camni ko tau ape? wahhh encemnya rambut dia.. bukan tuannya yg encem tp rambut tuu. Kegilaan aq trhdap rambut ni boleh mengalahkan kegilaan mat jenin (poyo jer).

arghhhhhh hencem gillerrrr :p
Ni artis Korea, Kim Hjung Joong.. waahh bapak hencem. time dia senyum Ya Allah, meleleh (har har har). gigi dia? masyaAllah tersusun rapilah n mmg menaikkan seri muka dia bila dia senyum. Faktor gigi pon penting jugak, kalau gigi tersusun jerrr..perghhhh sgtlah comel time senyum.. ^^


Yang ni pulak Shunji Igarashi yg jadi watak Ultraman Mebius.. encem jugak nii. aq pon pelik kenapa la dorang ni encem sgt... adoii jeles pon ada nihh



Next, ni adalah Jung Yong Hwa, vokalist CN Blue- dulu aq minat giler band nih..  Mungkin lagu dia best kot. Tp kejap je aq minat sbb aq bukannya peminat Korea:) Kawan-kawan aq ramai yg minat Korea, dulu aq xpaham tp sekarang mmg aq paham la kan. dorang ni mmg hencem. Girls la biasa jadik K-pop lover ni. Tapi kan aq nak share satu bende je ngan korang yg dorang ni bukannya natural beauty pon, mostly cucuk semua. ala biasa la artis kan? Bagi aq kalau artis korea yg betul2 femes tp xBAPE hencem sorang je, si PSY tulah. Haaa!! ni baru beru betol bukan plastik tp ori! Kalau org dh minat xsemestinya perlu cantik kan? yg penting bakat tuu! rupa tu pakej ajer..

OPPA Gangnam Style!!!! -PSY- 

Heheh tp kalau kt atas ni mmg aq paling suka kt Kim Hyung Joong la sbb gigi dia cantik, rambut dia mmg hencem. Pernah skaly aq tengok video kawan aq tunjuk kat aq tp mase tu rambut dia dh pendek, terus aku xsuka dia (nmpak x kat situ aq minat rambut dia yg hencem tu je?).

memang sangat hencem rambut dia :P

Korang nak tau x laki idaman aq cemana?? kalau xnak u should stop here sbb takot termuntah,, ni lahh dia laki idaman aq selama ni, huhuhuhhu

IMAMkuuu~~~ ehh silapp IMAM MUDA OMAR
Haaaaa.. dah bukak mata luas2??heheheh. semua org nak dapatkan yg terbaik kan? even mat rempit pon nak cari perempuan baik buat bini.  Carilah seseorg yg boleh mendidik kamu wahai kaum hawa, yg boleh membahagiakan kamu, yg boleh menjadi imam kamu, yg boleh menambahkan cinta kamu kepada pencipta kamu.. ehh bertazkirah pulak dah, xdelah sbgai igtan semua. Tengok la muka imam muda Omar tu, sejuk je mata memandang. Dia xde main cucuk2 bagai nih! dia pakai terapi wuduk jer, dah bersinar2 dah muka :) 
oklah sebelum aq akhiri entri ni, suka aq nak share ngan kalian sepotong ayat yg penuh bermakna ni :

CARILAH...
LELAKI YG MAMPU MENJADI IMAM KAMU,
YG MENITISKAN AIR MATANYA APABILA MELIHAT KESAKITAN KAMU MELAHIRKAN ZURIATNYA,
DAN LELAKI YANG MEMBANGUNKAN KAMU UNTUK BERIBADAT BERSAMA-SAMA DI SEPERTIGA MALAM..
JIKA PENCARIAN KAMU ITU TELAH KAMU TEMUKAN, JANGAN LUPA!
BERSYUKUR KEPADANYA.. JADILAH PERMAISURI HATINYA, PENEMAN DIKALA SUKA DAN DUKA, PENGUBAT DIKALA RINDU DAN LARA..
Aminnn~~~~

**nak sgt jumpa imam muda omar :)**




Tinggalkan komen sekali tau :)

Monday, 12 November 2012

mimpi pelik lagi!!

Assalamualaikum.. dan salam 1 Malaysia..

Maybe this time around I should be more serious in telling this. Aku pelik sebab kenapa le dua tiga hari ni aq asyik dapat mimpi pelik je. kenapa? apa dah jadi dengan aq ni?? Yang pelik bin ajaibnya lagi sumer mimpi ni berkait dengan mimpi-mimpi seram. Aq xpaham kenapee la engko nak masuk dalam mimpi aq nih. Kalau nak kate aq fikir benda bukan2 sebelum tidur, xdelah pulak but aq selalu fikir benda2 yg indah2 sebelum tidur instead of having these kind of spooky dreams. Sape la nak dapat mimpi macamtu. seramm kot. Berbalik kepada mimpi2 pelik tadi, dlm sem ni aq pon dah xingat brape kali aq dpt mimpi yg cenggitu, yang aq ingat mahupun xingat. But I will definitely tell my friends right after I woke up. Kan mimpi sometimes kita dpt ingat if kita citer kt sesape lepas mimpi tu. Mimpi2 tu xtermasuk lagik mimpi2 seram lain yg aq xingat. Entah bape la.. ok sebelum korank penat membaca entri ini, mari same2 tinjau mimpi2 ngeri yg pernah aq dapat :

1. Mimpi pasir tsunami :

The first impression towards this kinda dream is.... WAAAAAAAAAA!!!!!!!!! knape ko datang dlm mimpi aq hah??? shuhhhh shuhhhhhhh!!! tsunami pasir pon ada ke? aq ingat tsunami tu ombak air je!! mintak jauh la mimpi cenggini. At that time, aq tengah main2 kat tepi pantai. ramai gilerr orang mase tu.. Yg peliknye lagi dorang macam berpakaian seksi tau, macam somewhere in overseas gitu.. Tengah- tengah khusyuk main tue, tetiba aq dengar suara riuh rendah org ramai yg berlari2 nak selamatkan diri..Aq pelik, kenapa la dorang ni?? tp apa yg mengkezutkan aq adalah aq nampak besar giler punya ombak pasir sedang menuju ke arah kami. woihhh!! apa aq nak buat ni??? tanpa berpikir pendek panjang, aq terus berlari naik ke atas bukit berdekatan dengan pantai tu (aq pon pelik dekat pantai ada bukit ke?) Lagi pelik bila that hill is very familiar to me, somewhere like I've been there before.. So, sampai sane, aq lihat peristiwa yg sedang berlaku, aq jugak heran sebab kat situ ada satu pondok n ada sorang makcik memerhatikan tragedi tu dengan lagak selambee jee.. aq dlm hati berkata " dah makcik ni apehal xdek perasaan langsung ni? kot ye pon, tunjuklah ekspresi muka siket. terkejut ke, hapa ke. ni tak, selambe je dia tengok".. aq mmg xleh nak citer la perasaan mase tu dengan kalut nyer, kaku xtahu nak buat ape. ape yg aq boleh buat just berdiri kat situ n tunggu sampai tsunami tu xde. Bila dah xde, aq terus turun dr bukit n mendapatkan mangsa2 tsunami pasir tadi kot2 aq ada pape yg aq boleh tolong ke even mase tu aq xnampak org lain melainkan makcik yg selamba rock memerhatikan kteorg tadi, sadisnya dia stay kat situ tanpa turut sama turun membantu. aishhhh!!! pelikk la makcik ni!! 
Kat sini nak stresskan lagi kehairanan yg melanda apabila melihat semua org yg berada kat pantai tadi dah meninggal dek tertimbus dengan ombak pasir tadi. ape yg aku nampak hanya tangan2 mangsa yg terpacak, mungkin cubaan untuk keluar drp pasir tu kot. MasyaAllah siyes! kesian betul wehh..  tp yg peliknyee..aik??? bukan ke dorang selamatkan diri dulu ke drp aq? aq lihat sekeliling! aq sorang je ada kat situ. Means aq sorang je terselamat ! herann!! cemana dorang xsempat naik ke bukit tu? tp mimpi tu sampai situ jer sbb aq dh tersedar....


2. mimpi berlawan dengan saka!

Yang ni memang seram! even aq xdapat nak tengok physical saka tu, tp apa yg aq tau aq mmg fighting over it dengan ayat2 suci Al-quran.Tp yg kelakarnya saka tu ada nama tau, OBAMA nama dia! perghhhh bukan ke nama presiden Amerika Syarikat ke tu?? amboiii nak nama yg kelas2 engko nih! nama pocong ke, pontianak ke, hantu mak limah ke xnak!!! perasan je lebih :p .. oklah, Macamana aq boleh fight dengan benda ni? ceritenya begini, aq xtahu kenapa aq dpt sense yg kawan sebilik aq ni pelik, then aq jugak xtahu ape yg mendorong aq unt membaca ayat Qursi dan meniupnya ke dalam almari housemate aq nih.. Yg aq pasti sebelum aq buat benda tu, aq mmg ingat aq kunci pintu bilik korang. Abys tiup je aq terkejut cemana housemate aq ni boleh terpacak kat belakang aku!! aq pelik sbb aq dah make sure pintu bilik berkunci oiiii!!! huhhh!! ape aku nak buat?? tetibe je angin kuat berpusing2 keliling badan aq. Aq pon ape lagi, baca la ayat2 suci Alquran. tp apa yg aq ingat aq xsempat nak habiskan bacaan pon lagi, tetiba je aq dikejutkan dengan deringan alarm drp phone aq! huhu selalu tergantung mimpi aq nih..

3. Mimpi pembunuhan orang gila secara beramai-ramai :

Dalam mimpi ni, aq tengah order mee celup kat warung somewhere in my village. At that time, aq ada ngan kakak aq la.. waktu, petang area pukul 6 camtulah.. Mase tengah tunggu order siap, aq pelik tau tetiba terpandang seorang gila merangkak nak menyeberang jalan. Bila aq amati dia, dia ni agak meyeramkan lah sebab muka dia penuh jambang, dan at that time dia ciap berbogel lagi. amboii free show nampak! Aq xtahu la pulak dia ni laki ke pompuan sebab jarak kteorg agak jauh la jugak, Muka pon aq xdpt tengok sgt sbb dr jauh kan. cuma yg aq pasti dia memang berjambang n badan dia berbulu..huiii!! dah nampak pelik kan, aq pon tengok la dia ni nak g mane sebenarnya nih?? aq selambe je tengok die.. pelik tau sebab dia merangkak lintas jalan sbb nak kata cacat x. Apa yg aq boleh rumuskan dia ni sebijik macam orang utan tp dia berkepala manusia.. hurmm, bila dia selesai je lintas jalan, tetibe je ada sorang lagi org gila approach dia. lagik sorang ni pulak kurus keding n rupa xdpt kenalpasti.aq xtahu ape terjadik mase tu sebab tetiba je org gila yg kurus ni lari, then orang ramai berkerumun keliling org gila yg first tadi.. Memang mimpi ni more specific kpd dia lah.. aq dah heran dah kenapa sumer pakat kerumun dia. apa salah dia?? aq nampak muka dia takut.. aq nak tolong!! tp ada org yg halang aq..aq xsure sape, kakak aq ke sape ntahh..
tetiba aq tengok ada something yg macam ekzos motor kat kiri ngan kanan badan dia. means, someone dh ikat benda tu kt badan dia. Kenapa pulak dengan dorang ni?? pening aq la! then bila  tibe je part doang pukul benda yg macam ekzos tu dengan kayu macam kayu hoki xsilap, berteraburlah semua kaca2 kena pada tubuh si dia tadi bersama darah yg membuak2 keluar drp tubuh dia. yarkkk!! kaca ke?? aq ingat besi sbb ekzos motor kan drp besi? pelik sikit. aq xingat pape dah mase tu tp mmg aq meraung macam org gila kat situ nak gi tolong dia tp mmg ada org yg pegang aq, so niat aq terhalanglah mase tu. aq xtahu bila,aq tengok org tu tadi dah terjelepuk kat tanah dah. and still aq meraung2 lah kat situ. benda ni macam real giler. aq ase macam betul2 nangis kot! kesian dia...... sampai situ je mimpi aq sbb lagik sekaly aq tersedar tanpa sempat menghabiskan ending cerita mimipi aq...



aq mmg berdoa kat Allah moga mimpi ni xde ape2 maksud xbaik...Mimpi kat atas ni sume aq dapat mase aq tidur sebelah petang, bukan malam.. kalau malam aq akan baca qursi bagai sebelum tidur, p lau petang mmg slalunye xde pulak sbb nak niat nak tidur kejap je (kejap la sangat!).. mungkin mainan syaitan je kott. Hopefully~~


p/s : diingatkan bahawa aq tidak letakkan apa2 jenis gambar kat atas ni. Cemana aq nak letak?? aq nak google pon takut.. xpelah! korang boleh imagine sendiri dah cemana situasi2 kat atas.. yg pasti memang seram. Akhir kata JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI!!! 

okbye! :)


Tinggalkan komen sekali tau :)

Friday, 9 November 2012

Oh mee celupp!!!

Assalamualaikum  sumer?? cihat x? kalau xcihat jgn lupe exercise banyak2 yo :)
jangan dok manjekan sgt diri tu, kalau x lambat baik tawww..

kalini tangan aku ni ase gatal nak menaip pulak..hahaha weekend cenggini le nak lepas tensen dok ngadap buku. Ekcelli dah lame aku nak kongsi citer sal ni tp masih xsempat2 lagi nak menaipnye..Apebenda la si syue ni nak citer yo? korang bulih agak tak bendape la aq dok kalut nak gitau nihh??

xdek yg specialnya pon citer kalini, cumo aq teringin nak kongsikan dengan korang pasal makanan fevret aku ni jerr.. aq ade rahsia nak gitau, p korang jgn pulak korang gitau orang yekk. Yang sebenarnya Dragonball ada 7 bijik semuanya!!  aq ni kuat makan tau. arap badan jo kicik tp kalau bab makan aq memang xleh kompromi la. Aku boleh consider la kalau x shopping bagai, asal dapat makan je! huhuhu. tp kalau pasal berat, mmg aq xrisau langsunglah n aq boleh jamin yg aq boleh maintain my weight!! wahh cayalahh!! dah metabolism badan terlebih kan..huhuhu kepada bakal husbandku, kesian kamu kena kerja kuat, dah dapat bini yg kuat makan cam aq nih!!! tp xpe abg, sayang boleh masak ok, dun wori :) hahaha dah melalut ke lain dah nii haaaa.. 

oklah dalam banyak2 makanan kat atas bumi ni aq paling suka makan benda ni.. korang pernah try x?? benda ni namanya mee celup, memang susah nak dapat, sometimes mmg xkan dpt carik kat lain apart from kelantan. So kalau aq dah brbulan2 study kat negeri org tuh, mmg fes makanan yg aq carik kalau balik kelantan memanglah benda ni. I'm sure you all kalau kat sebelah luar macam selangor ke Kl ke xpernah try kan?

nyum nyum nyummmmmm

benda ni sama jugak macam mee sup tp rasanya lagi lagi  lagi sedapppp drp mee sup, korang akan rasa keenakan sup sebenar kalau korang makan mee celup taw!... nak dijadikan citer, the whole of my family mmg  suke makan mee celup ni. So, disebabkan fenomena ni berlaku, mak aq yg dulu x pandai buat mee celup pon kendian jadi expert lah. cayalahhh makk!!! Mee celup ni kendian menjadi ilham mak aq unt bukak restoren. Dan alhamdulillah restoren mak aq adalah yg terfemes dlm area kampung aq tuh sampaikan org sebelah luar, dr Johor, Pahang, Terengganu balik cari mee mak aq ni.. huhuhu cemana? terror x??? 

Mee celup ni kan adalah merupakan campuran drp mee kuning, kue tiow dan bihun. Beza mee celup ni dengan mee sup, mee celup dia xpayah tumis tp campuran mee tadi dorang akan celurkan dulu dlm air panas bersama sayur. Dorang akan taburkan daun sup dan perahkan asam limau kat atasnye.. sssluurpppp!!! ish mmg meleleh air liur ko kalau tengok n amik aromanye..Kalau ikutkan, mee celup ni hidangan sepinggan lengkap la! berkhasiat dan sesuai untuk menggantikan makanan berat seperti nasi.


 dulu kalau sume adik bradik kumpul kat umah mmg kteorg akan makan mee ni lah.. dari kakak aq, aq sendiri dan 3 org lagi adik2 bawah aq mmg suke lee.. sedapp weii!! mmg korank patut try.. hahaha kuat promote nampak!!! tp betu taw! xde yg benar melainkan yg benar2 belaka..

bile la bulih makan ko lagikk


Oklah sampai sini dululah yo! aq nak layan lagu otomen mebius dulu. ko ade??? 
babaiiii :)


Tinggalkan komen sekali tau :)

Sunday, 4 November 2012

OtoMen MeBiUs

Assalamualaikum.. hyee
lamenye xupdate blog ni, mungkin ni dah masuk kali yg ke 78 aq dok tiup habuk2 yg ada kat dalam blog nih (ye ker??) huhuhu..

kisah kali ni pasal otomen.. OTOMEN????? plizzzzzzz la! mana aq tengok citer budak2 camni. Kau bagi jelah kat budak umur 5 ke 7 thn ke tengok, dorang mesti tengok. kalau aku?? memang TAKler kan.. Macam tu ler pendapat aq mase zaman tua dulu. Sekarang kan dah muda balik, ehem-ehem ehemmmm ehemmm ehemmm..(berapa kali ehemm daaa)



Ultraman MEBIUS!!


Al-kisahnye begini.. mase cuti mid sem aitu aq balik le kg. Adik aq yg umur 8 thn tu memang sgt suke layan Astro channel 611 yg ceria2 tuh. Memang sape2 dia tengok channel tu akan jadi ceria lahh..Kalau balik kg mmg xleh tengok channel len, ngan aku2 skaly kene ngadap channel tu. Dah le trpakse tengok, yg sadisnya ngan aq2 skaly terminat ngan kartun kat dlm tuh dengan Hagemaru la, Ninja Hatori la,Nonoko Chan la, dan macam2 jenis chan lagi. Dahtu siap hapal lagu2 kartun tu lagi. mane aq xtensen. hadoiiiii.. 

Tp dlm byk2 kartun yg aq terpengaruh ngan adik aq la kononnye, aq terpikat  dengan satu kartun ni. name dia ultraman Mebius.. kenapa aq minat otomen ni?? kenapa??? kenapa??? aq jugak xnak menerima hakikat yg aq dah jatuh chinta  dengan si pemilik costume ultraman mebius. name dia shunji Igarashi, asal Jepun, umur 26 thn :) ... kesian mak aq dapat menantu orang jepun, org malaysia punyela ramai..asal ko terpikat dengan si jepun jugak?? hahh??


Shunji Igarashiku :)



Hahahaha... statement dia atas adalah gurauan semata-mata, xde kena mengena bagi org yg dah kawin, baru kahwin, or tengah akad nikah kawin ke. Ade sesape yg ngaku bini shunji ke? meh jumpa ngan aq dulu yo! hehehe



Oklah, kenapa aq minat dia? sebab....??? dia comel sgt.. umur punyelah dah tua bangka tp muka still baby face. Dan kalau dia semyum?? Ya Allahhh cair semua ketulan2 ais kat kutub utara.huhuhu encemm sangatt.. (encem nabi yusof lagikkk ) :) - hensem dunia semata2 kan??




MINATO- BAPAK NARUTO :P



oklahh (berapa banyak kali ok lah ko nih syuee), itulah alkisahnya ceritera ultraman mebius.. Tapi bukanlah bermaksud yg aq terpikat dgn dia terus fall in love dgn die kan. Macamana aq suke Minato, macam tu le aq suke dia nih..hahaha ciri2 laki pilihan?? masih xjumpe22 :p

- beriman

- kukuh kewangan
- sedap mata memandangggg (xencem pon xpe) :)

hahaha kan dah lari tajuk tuhh..tetiba pulak masok bab kawin2 nih. heii syue! xdek org tanyer ko, laki idaman ko cemana!! eiiiii tolonglahhh... 



setakat ni dulu coret curet saya.. babaiiiii yo!






Tinggalkan komen sekali tau :)

Monday, 8 October 2012

Nak citer ke tak nak??




Ketika aq sedang "khusyuk" mendengar lecturer bagi taklimat pasal assignment,tiba2 handphoneku berlari-lari bergetar2,pada mulanya aq "segan" unt mengangkat panggilan itu krn ingin memberikan "sepenuh perhatian" kpd pensyarahku.Tp hpku semakin GALAK bergetar menyebabkankan konsentrasiku trganggu.


fokus tak aku dalam kelas???puiihhhhh



aq menjawab jgk panggilan itu yg kusangkakan drp org yg cuba "mengejasku" tp sangkaanku meleset krn panggilan itu drp housemateku rupenya.Aku menundukkan kepalaku ke meja lantas bertanya housemateku...BENDEE??AQ ADA KELASSS NI!!!! (kurang hajar kannn??huhuhuhu,sebenarnya xpon:) )

aq sangkakn dia ingin belanja aq makan atau membelikan aq KFC,tp sangkaanku meleset lagi sekaly krn dia memberitahu sesuatu yg sgt mengkezutkan dan boleh membuatkan pak cik yg sedang menikmati segelas air teh tarik panas gelas besar tercekik gigi palsu sendiri dan mungkin juga menyebabkan ayam2 dlm reban mati krn menghidap penyakit selesema burung.macamnilah lebih kurang dia punya statement:

SYUEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!RUMAH KITA KENA PECAH MASOKKKK!! KAMU XKUNCI PINTU KAAA?????(**SARAWAKIAN)

aq dgn nada serius menjawab ::: GAPOOOOOO????????WEHHHH.AQ KOCI PITU TU,SAPO NGELAH TUBEK TAKDII??
(TRANSLATION: apa???wehhh,aku kunci ar pintu tadi.sape yg keluar last tadi??)-aku Kelantanese kannn



macamnilah gambaran kat kepalotak aku mase osmet aku call..sodap kann???




taklimat yg lecturer bagi kini langsung tidak singgah difikiran dan "kekhusyukkan" ku tadi kini bagai hilang krn gangguan lalat hijau yang gemok yg sdg menebarkan sisa-sisa kumbahan dikepalaku,lalu aku dan 5 lg rakan seangkatanku bergegas balik tanpa mempedulikan tanggungjawab mengundi untuk MPP trlebih dahulu,segala pertanyaan yg hinggap di telinga sewaktu prjalanan ke rumah hanya dibalas dgn jelingan dan xtahu! xtahu!! xtahuu!!.otak dan minda kini tidak lagi berada di tempat sepatutnya,mungkin otak berada di kepala lutut dan minda berada di hujung jari.Kiteorg sgt brnasib baik krn class dismiss awal,abys klas terus kiteorang balik umah.
kiteorg berlari lebih kurang macamnilah :p


setibanye kami di rumah........

keadaan menjadi sgt xterkawal krn masing2 sibuk menyelongkar locker masing-masing..kami sgt brnasib baik krn semua barang trmasuklah laptop,duet dll blum sempat diusik,lalu kami sujud syukur merebahkan kepala ke lantai,sedikit hentakan berbunyi
(duk' duk') nggeeeeeee

housemate kami menceritakan proses kejadian,latar masa,latar tempat,latar masyarakat yg korang boleh review dlm buku komsas,kalau nak beli pon boleh dekat kedai murah je(nanti guna baucer buku ye).
apa yg diberitahu oleh housemate kami berbunyi sprt ini:

tadi masa sy masuk ada sorang pompuan yg berbaju kurung,bertudung tiba-tiba keluar dr bilik kau (bilik aku la tu),sy sempat ambik gambar dia....

aq pon heran,,kelassss kau jah,pakai baju kurung,bertudung lagi sok alim pon mencuri ke kejenya?apa nak jadik dunia skrg ni,ayam kais pagi makan pagi pon xmencurik.dia cari rezeki halal.malu betul kt ayam,ye kan cik ayam??tp so far,xde yg hilang sbb dia xsmpat amik pape,nasib baik la housemate aq balik awal kalau x,xtau la sbb ada housemate aq yg xkunci loker pon,laptop tinggal gitu je dgn purse sgala bagai..ishhh si cima ko igt sini macam rumah ko ke??aq pulak xde brg pon,duet sume kt aq,laptop pon xbawak lagi.cuma ada la 2 3 org yg baru beli laptop,neves tahap gaban dorang dgr rumah kene pecah.


macam2 la skunk ni,yg pakai tudung pon mencurik! apa ni!!! marah ni marah nii


berbalik kpd citer,setelah persepakatan dibuat,kiteorg berpakat "menyerbu" pondok polis bantuan unt membuat laporan.Berkat pertolongan polis bantuan dan kami yg cepat brtindak serta bahan bukti yg ada,si pencurik berjaya ditangkap dan kini dibawah kuasa polis.mase dia disoal siasat,terbukti bahawa dia dah buat kerja ni dah 3 kali,n mase tu polis bantuan menjumpai 2 purse yg bukan milik dia iaitu kepunyaan students baru macam kiteorg jugak tp blok sebelah,kesian budak tu kalaula pencurik tu xbrjaya ditangkap,mgkin byk kerugian dia tanggung sebab purse pompuan kan,semua dlm tuuu kott..2 3 kad atm kot..ummmmm


rupanya dia tu org luar,foreigner la katakan,guna kad matrik uitm tp yg lama punye,aq xtau dia dpt dr mana.mgkin dlm beg student yg dia pernah curik kot.hahaahaha..mase kena tangkap punyalah nangis ciap bagitau suami dia pegawai polis(xtahu dia waras ke x mase tu).

pesanan penaja: kawan2,kalau ada yg kene pecah rumah,atau xsempat pon pecah tp cubaan mencuri,report la kt polis bantuan ye as soon as possible sbb nnti senang nak detect.okla,dah byk mengarut kot,considered this as my blog lah ye walaupon di FB cuma...kes ni dah byk kali brlaku kt sini,korang kene be cautious la ye,kunci pintu especially pintu belakang sbb boleh je dia nak panjat dan skunk ni pencurik pon advance,pecah umah org boleh dia buat rilek siap ajak bersembang ngan kita lg,nak tumpang tandas la kononnya,xtahu nak cakap apemacamla kita xboleh pk benda tu.. btw credit to my osmet, flo sbb berani ya..ya! ha dahla tu ye,stakat ni dulu,jumpa di episod yg akn datang


pak polisi yg gantang


with my responsible and brave housemates
flo,aiqa,cima,paah,uni,ejat and ina :)



Tinggalkan komen sekali tau :)

comes to me dear PTPTN!!


All in my life, I can bear to eat anything while hungry even it's not tasty at all. As long as I can fill my stomach, it's more than enough.But when it comes to bread, I will definitely say no! It's the only food that I can't eat and can't force myself to eat. It doesn't means that I'm too choosy what to eat and what to not, but I really really can't eat bread, BUT SURPRISINGLY nowadays, eating
 bread is one of my daily routine just to save money because I haven't gotten my PTPTN loan yet. Because of the money, I can force myself to eat bread! How amazing the money is, it has the power to change people especially me!!




The bread that I used to eat now :(
**super saving








moral of the story :

Dear students,please be grateful that PTPTN gives you a loan to support your study! can you imagine what will happen if there's no such PTPTN word here in Malaysia?? As for me, I'm having a hard life waiting for the money, but if I count the days, it do not reach a month yet!! 









p/s :Bear in mind that once I have gotten my loan, I will keep saving it so that one day I have some more money to buy food so that I don't have to eat bread again.... ^^"





That's why saving is very important as it can be used in future right? :p


I have lost 2 kilograms after continuously taking bread that really really makes me worry of that. My weight doesn't reach 40 kg yet! Then what to do? Right on this time, Just keep telling myself that NO MORE BREAD AFTER THIS!! Please care about your health syue!! or you want people to think that you have gone through serious diet that turns your body into "lidi" or what?? or in scientific word, it's what people call anorexia?????Oh my!!!!!! 



hiiiiiiiiiiiiii xjadik camni pon xpe lahh k bai


Dear Allah, I seek for your guidance
 .........



yum!! yumm!!!




Tinggalkan komen sekali tau :)

Tuesday, 2 October 2012

Untitled post

haaaiiiiiii....lamenye xupdate blog aku nih..memang sangat2 berhabuk,tulah org buat blog aq pon nak buat blog,tp mengupdatenya malaz bebeno. Huh! siyesly terlalu banyak yg nak diceritakan sebenarnye tp krn kesuntukan masa ditambah pula dgn xde internetnya,mmg aku jarang online lah kan. Ektually dis is da fes time where I'm using the title "aku" right here! xpela aq tengok org lain pakai title ni,aq pon nak pakai cenggini jugak le sbb lagik selesa, xpayah nak formal2 sgt kan? kan?..

hummmm, skunk kat kepalo ni memang banyak giler nak citer,pasal kampus baru,course baru, crush baru,suka-suki aku disini ngan kengkawan2 baru, lecturers baru,suasana belajar yg baru,makanan baru and so on and so forth lahh,pendek kata semua baru xde yg buruk mahupon lame.alangkah bagosnye kalau ada mase nak update.Terlalu  banyak nak citer ni,dah simpan2 ni ase macam nak explode je.hehhe

Alang2 dah update ni nak citer siket sal bajet 2013,cam best je..kalau student macam aq ni yg plg best mestiler baucer buku ngan kad siswa tu. Haii xsabo oden nak "bershopping", mana taknye baucer taun depan dah up lagi RM50, mmg pusing satu kedai buku le jawabnya nak abyskan baucer tu,tp drp dok brabis ke benda xberpekdah tu lebih baik le belanja adik2 aq buku ke,alatulis ke ape.Lagi bagos,xpon beli al-Quran sebijik skaly ngan tafsir tu,sangat2 le berpaedah...

okla gamaknye aq brenti sini dululah ye,lenkali pulak update lau sempat,huhu k babai :)


Tinggalkan komen sekali tau :)

Sunday, 18 March 2012

Doa perpisahan

assalamualaikum..

entri kali ni syue nak tujukan untuk semua budak-budak TESL UITM Kuantan Kampus Padang Lalang. siap bagi full name lg tue. Bila baca status bdk2 TESL ni ase sedih. Terasa kehilangan. Kteorg ada masa lebih kurang 2 hari lg kt sini. Pasni, xtau la bila plak bley jumpa. Mungkin 10 thn lg, mungkin 20 thn lg..sape taw? mase tu kteorg semua dh beranak pinak, cucu berderet-deret dah asenye. Kalau ditakdirkan jumpa, boleh cam lg x agak2?

Setiap pertemuan tu ada perpisahan.. Macamtulah lumrah dunia.  Kalau dulu sedih mse sek rendah and menengah peluk kengkawan semua mse nak brpisah, macamtulah apa yg akn jadi kt sini. Detik perpisahan tu akn tiba jugak. Setelah hampir setahun berada disini, byk kenangan2 manis mahupun pahit yang semestinya xkn lupa. Kene kejar ngan anjing la apa la..Kalau xdatang sini xdek pengalaman kene kejar anjing tu.betul x?hehe.. Selain tu, dpt kawan2 baru, jumpa lecturer baru, belajar syllabus baru..semua baru. Syue yakin msti dh byk pengalaman2 yg korang dpt kt sini yg korang xdpt sebelum2 ni..

Mungkin ni last entri syue selama mana kaki ini masih berpeluang untuk berpijak di bumi kuantan ni. Di kesempatan ni, syue nak mohon maaf banyak2 kt semua kengkawan Syue TESL B and TESL D especially jika ada salah silap. Halalkan semua makan minum, kalau terguna duit xigt bayar ke ( kalau ada tuntut ngan syue ye), terguna barang xmintak dulu ke apa ke.. Maafkan ye..

kepada group mate syue yg terlibat dgn assignment writing, drama, BP, Ctu, Reading, literature dan grammar.. syue nak mintak maaf ye kalau buat salah sepanjang kita menyiapkan tugasan.. sedih, memang sedih.. sebak xyah cakap..kalau la kita ada byk mase lg kt sini..kalaulah..tp nampaknye kite kene berpijak di bumi yg nyata,masa tu sgt singkat..

Akhir kata, maaf andai terkasar bahasa, tersalah bicara.mintak maaf dr hujung rambut smpai ujung kaki..syue syg semua kengkawan syue. Syue doakan semoga korang semua berjaya dengan cita2 korang. InsyaAlIah kalau diizinkan Allah, kita jumpa lg.Dunia ni kecik je :) 

kat sini syue ada attach satu video, lagu perpisahan drp kumpulan Brothers. syue tujukan lagu ni khas wt semua kengkawan TESL syue.. terima kasih kawan2 sbb sudi jadik kwn2 syue <3
love you guys <3 gonna miss u.. 


yours sincerely:
syue syiey










Tinggalkan komen sekali tau :)

Saturday, 3 March 2012

Hidup ni pelik

Salam.. pelik??
memang pelik sbb mase ni baru nak update status.. heheh, tetibe jer ase nak update. Memandangkan syue ada dua minggu lg brade kt sni (UITM KUANTAN), ase sebak pon ada, sedih pon ade sbb baru jer nak knal kengkawan kt sini dgn lbih rapat, dah nak berpisah dah. Syue blajar kt sni 2 sem jer unt asasi. Lepas ni insyAllah sambung ijazah plak. Belajar asasi ni stress taw, buat adik2 kat luar sne, kalu semangat kuat boleylah amik asasi. Bukannya ape, asasi ni setahun je (unt singkatkan masa). Drp amik diploma tu lebih baik amik asasi sbb kejapjer. Begitulah pandangan2 masyarakat dan cikgu2 kt sekolah bile ditanyer. Soalan pelajar plak lebih kurang camniler : "cikgu2, mana baik amik asasi ke diploma? " haha.. Dulu, syue pon pk camtu. asasi is better. tp kalau dikaji balik, sebenarnya diploma lg ok sbb abys jer korang blajar korang dapat sijil taw. tp kteorg?? xde dpt pape pon. kteorg cme boley bawak pointer jer pegi ijazah. Nasib laa..kalau pointer tinggi ok, tp kalau pointer rendah camner?? xke kne amik kos "lelong"??

hahah..bukan nak takutkan adik2, tp tuler hakikatnyer. dengar setahun jer belajar mmg la best tp once korang rse btape stress nye le nak abyskan setahun ni... Teringat plak sorang lecturer ni ada pesan dkt syue mse karnival Jom Masuk U tahun lepas (mse tu syue baru jer abyh SPM).Actually, I was one of computer programming students. So, bile lecturer tu tyer kenapa nak amik asasi TESL? kenapa xnak sambung Computer Science? awk ada basic ttg programming and sy nak students yg dh ada basic cam awk ni, nanti awk bley skor taw course ni. hahah lebih kurang camtuler dia cakap. Lecturer tu dr UMP je pon. org Pahang jugak. hahah. Mmg dia speaking ah time cakap ngan syue aitu once dia dgr that i'm going to further study in TESL. Dahtu syue pon jwb la, dah org tyer kan. Syue jawab, asasi setahun jer but diploma 3 tahun kot beside, sy minat course ni n mmg berciter2 nak jadik cikgu BI pon so one day people will call me TC Syue. Kelaz gitu lorh jawapannyer. Lecturer tu jwb balik, dah 3 tahun...awk xpikir ke awk boley skor course ni dlm mse 3 tahun? awk belajar asasi setahun, xsempat nak kenal betul course yg awk amik tu. camne awk nak skor?? aduiihhh!! mmg power ayt dia n mmgler kne lecture ke dia sampai 3 jam berdiri kt situ. Lecturer ni nak mempengaruhi aku ke hape nii.. hahaha.. dah nak wt camne, dia mmg brsungguh2 nak yakinkan syue ttg alam universiti ni..

Begituler ceritanya.at that time, mmgler syue tetap dgn pndirian syue la kononnya, tp skunk bile dipikirkan balik, ade betolnye ape yg lecturer tu cakap (Tuler org tua2 bg nasihat tu dgrler!!).hahah.. Tp itu xbermakna yg syue nak sambung science com k. Cukuplah sedikit pengetahuan ICT yg syue ada skunk ni membantu syue unt menyiapkan esaimen n org pon xcakap yg syue buta IT. tu pon dah dikira lebih dari cukup. Law nak advance lg, masuk klaz komputer laa.. Berbalik kpd cerita td, haa!! macam tuler. Bila setahun syue belajar course nie n menunggu detik2 terakhir berada di sini (cehhh,,,berdrama la plak kan), baruler syue sedar yg sebenarnya mungkin syue xbrape minat pon course ni n pengajian bahasa ni bukanler jiwa syue. (TESL ni under pengajian bahasa.). Habistu apa yg syue minat sebenarnye ni?? adoyyaiii..xtahu nak pikir dah. So, nasihat syue kt korang g bace entri ni, korang kaji la betul2 ape yg korang minat dan apa yg terbaik unt korang. Yelah jgn bergantung sgt kt minat jer semate2, tp macamne nak blajar course tu klu dah xminat?? jgn jd syue yg kekeliruan identiti ni k. Mse ni trpikir la plak sorang drp ckgu Bimbingan dan Kaunseling kt sekolah syue dulu. Haritu adalah gurau2 ngan dia tyer dia pyer cita2 sebenar nak jadik apa. nak taw dia jwp apa?? mmg trkejut sgt, upenyer nak jadik DOKTOR tp hajat dia xkesampaian dan mmg takdir dia jadik cikgu. Kesimpulannya, apa yg kita rancang, apa yg kita minat tu x menjamin bahawa itulah yg akan kita kecapi. Allah tu Maha Berkehendak kan? Kita hanya boley merancang masa depn, tp kita bukan sape2 nak tentukan samada apa yg kita rancang tu menjadik..

Dengan pengalaman yg syue ada ni, syue sedar yg xde gunenya kita bermati-matian nak dptkan apa yg kita nak. Semua boley berubah. Everything is possible. Bile tyer kengkawan, nak sambung apa ijazah nanti? mostly jwb mestiler TESL. dan bile diorang tyer syue blk..syue mampu senyum jer n jawab xtahu lagi tp mungkin bkn TESL kot. Diorang mmg agak trkejut la dgn jawapan tu, yelah kan semua org cakap selangkah jer lg nak ke ijazah TESL n jadik tc lepas tue, tp tulah macam syue ckp Allah tu Maha Berkehendak. Dia dah ubah minat syue ni. Entahler, risau jgk nak sambung ape n takut jgk org mengata, tp bak kte kakak syue..butakan mata pekakkan telinga! kenapa kita nak hiraukan apa org nak cakap. masa depan kita, kita yg tentukan bukan dorang. kelas ahh....Haritu syue ada call mak tyer pendapat dia camner ni, xnak sambung TESL.. mse tue Allah jer tahu sebaknyer perasaan syue dgr suara mak, xtahu nak ckp macamne.berderai airmata tp sempat cover takut mak tau yg syue nangis. Bukan mudah nak cakap kt mak, takut nanti mak pk pelik2. Ya Allahh!! macmne nak cakap ni..Last2, kuar jgk ayat tue..
"ma! ore sero xse sambung TESL, xpola ma dok?" (mak, sy xnak sambung TESL..xpe ke?)
"doh kak cik nok smbung gapo??" (dahtu kak cik nak sambung ape?)
"xtaw lg ma..tp ma xsoh ghunsing la, ore amik course cikgu lagu2 mane pon,tp buke ckgu BI doh la"
( xtaw lg mak.tp mak xyah risau coz nanti sy akn amik course under pendidikan jgk n akn jdk ckg jgk tp bkn ckg BI dah le)
"xpola kak cik, amikla course gape pon..asal jadik ckgu,mak xpo lako" (amikler kak cik course apepon asal jadi ckgu je,mak xkisah)
Ya Allah!! berderai air mata ni..sebak yg teramat sgt, xdpt nak citer..Ya Allah, terima kasih sbb Engkau anugerahkan daku seorang ibu yg sgt baik, yg sgt memahami anak2 dia Ya Allah.... tu jer yg syue boley ungkapkn (dlm hati)


Macamtuler besarnya anugerah seorg ibu, No wonder syurga tu dibawah telapak kaki ibu. Dah dpt green light drp mak, byk lg halangan yg menanti. Temuduga, Medsi, Pointer tingi..tu seme requirements unt apply course under fakulti pendidikan. Means, sape2 yg amik couse under fakulti pendidikan, confirm2 akn jd ckg  bile kuar jer u nanti. Same goes to TESL, same requirements are needed.Yelah kan, Medsi mane bley repeat, once xlulus xley jadik cikgu ler jwbnyer. kt sini, depends on luck masing2 la macamne. As for my sister, dia dah pon berjaya dalam ujian Medsi n skunk blajar dkt upsi, bakal cikgu.Cikgu mmg ler citer2 syue sjak kecik lg n rsenya xbrape sedih sgt kot klu xdpt jd teacher pon as long as dpt title "cikgu" tu. so, arap2 la Allah permudahkan segala urusan..aminn

Sampai setakat ini dululer unt kaly ni..begituler peliknye kehidupan, kita xdpt bygkan apa yg akn jadik kt future,  semua tu rahsia Allah, Dia yg Maha Mengetahui n sebaik2 perancang. Dia tahu apa yg trbaik unt kita, n maybe unt kes syue ni TESL bukanlah yg terbaik unt syue n mungkin ada yg lebih baik menanti.mungkin, sape tahu..Walaubagaimanapun, belajar tetap belajar, ape yg ada kt depan mate kena hadapi. Final exam lg satu minggu je. Doakan syue
terima kasih kawan-kawan..
:)




Tinggalkan komen sekali tau :)

Friday, 24 February 2012

Syue + Syiey = SyueSyiey

Assalamualaikummmmm....kum kum kum... :p
bertemu lagi kaly ni dlm episod ke 10  di ruangan I My Me Mine!!
nak taw syue nak update sal ape??
pasaaaalllllllllll......uuuummmmmm....pasaaaalllllll.........SUSHI!!
rasenye ramai org ske mkn sushi btul x? harini free sgt sbb ada 1 klaz je. so?? kuar kejapp hilangkan tekanan assignments kt campus. Besides, mmg lme dah tringin nak mkn sushi coz lme dah xmakan.. rinduuuuu :p


Dipendekkan citer, ambe kuar le ke Berjaya Mega Mall, Kuantan yg terletak dkt blkang kampus kteorg (amboiii!! dekat beno..) dgn ditemani sorang girl ni yg mana "beliau" adalah classmate ambe.. si Lisa, a sabahan girl. tp die tinggal kt semenanjung taw, xgitu Lisa?? hehehe
okeh, sampai je kt sne kteorg singgah dkt cool blog dulu unt beli minuman (almaklumlah nak jimatkan kos,hahah). then baruler kteorg order sushi kt Japanese Restaurant ni, nme restoren tu " SUSHI NO YA". syue pon xtahu apekebendanya maksud No Ya tu k. jgn ditanyer, yg penting Halalan Toyyiba ;)


Asalnye nak makan sushi tp trnampak plak menu ramen, so tetibe plak tukar pkiran. Syue order le seafood ramen n si kawan syue ni plak makan sushi..harga makanan kt sini ok ler, still berpatutan..syue pyer ramen satu mangkuk RM 18 skaly dgn tax. tp siyes, byk giler dlm tu sbb tu brpatutan. moroever japanese food kot. Si Lisa  plak 1 pinggan kecik sushi (ada 2 sushi )  hrganya RM 4. sedap n saiz pon ok. Tp diingatkan jarang2 bley le mkn, tp kalau slalu tu...ummmm heheh mmg xlar kan..skali skaler ape salahnyer :) 
ok, niler antara gambar2 yg kteorg sempat amik td.haha sempat lg amik gambar (semata2 nak update blog..hihihi) soryler gambar blur coz pakai phone je. :)


ni seafood ramen yg syue makan td. macam2 ada kt dlm mangkuk ni.hahah..bezzz :)





 ** bergambar dgn udang :o
hohoho


** and mangkuk ramen skaly :p


Ni yg Lisa, kawan syue makan.... sushi


onyonyo....


The result......................................................... jeng jeng jeng....



** alhamdulillah..syue pyer abyh walaupon mmgler xlarat sgt dah mse tu.byk kot ramen. mangkuk pyerlah beso.. tp si Lisa ni plak....
tengoklah...




sushi yg last ni ler yg dia xabyh. se je agy.hahaha.. yg se ni le die bungkus wt blik. Lisa2.. :p



baki minuman yg tinggal...same je kan?? xlarat dahhhhh nak abyskan..


haaaa... gituler gamaknyer serba sdkit entry sal sushi ni. klu korang nak taw kteorg mmg ske mkn sushi. sampai  nme FB syue pun dah jd syue + syiey dah haa.. sblum syue tutup tirai entry pada kali ni, syue ada attach 1 lg video. just for fun! si Lisa ler record ni.. Lisaaaa... oooo Lisaaaaa... hehehe..k bye :)


video


Tinggalkan komen sekali tau :)

Thursday, 23 February 2012

new test new pimples!

oh Allah, I just realized that I have new pimples on my face when I woke up this morning. I think it is because i'm going to sit for my second grammar test. And yah! I'm sure of that.
But when the test is over, surprisingly, the acne has gone! Even though the test was extremely hard but let bygones be bygones right? Another test is waiting for me. Grammar test 3!


Back to the topic, now I know that the formation of acne that I had was due to the stress. When the test is over, then my acne disappears. Stress causes acne! it is a fact. Because of that, I've  decided to choose the topic regarding pimples or acne for my informative speech next week. Teenagers outside there are still don't know why they are suffering for acne. Why the acnes always there on their face? Now, in order to curb this problem,  I will do  a research related to this problem. My advice is, as the teenagers, we should aware of this  problem as pimples loves teenagers. Teenagers are always stress and we all know that one of the major factor of formation of acne is stress.. Like what I have experienced before! please avoid stress as it will ruin your nature beauty of skin:)


Last but not least, I just want to tell you that it was not my intention to post this new entry hahaha, moreover in English. Notice that my previous entries were all in malay except the first three entries only. Everything is possible!
ok, let's come to the conclusion.. The conclusion is you can make your own conclusion.( i don't know what i'm mumbling about)
okkkiieeeee..tarraaaa!!!


Tinggalkan komen sekali tau :)

Friday, 17 February 2012

power power TESLB

Assalamualaikum :)
humm,,cam biasa, update blog lagi^^" heheh..


Nak citer sal English week yg berlangsung selama seminggu kt kampus syue. Macam2 aktiviti yg diadakan termasuklah poem recitation, singing competition, story telling and choral speaking. Tapi byak2 aktiviti ni, aktiviti yg plg menarik ialah choral speaking. kenapa? ha! sbb mse ni ler kte nak tgok team work dlm kalangan classmates. Dekat kampus syue ada 4 kelas unt program TESL (TESL A, TESL B, TESL C, AND TESL D). Keempat2 kelas ni diwajibkan unt menyertai choral speaking dan semua ahli diwajibkan terlibat. Pada asalnya, kiteorg macam ummpppphhh, xbrape nak join sgt sbb mse ni assignment pyerlah byk bertimbun2 xsempat lg nak wt. so kteorg pk mcm English week ni berlangsung pd mse yg xbrape ssuai. Tp alhamdulillah, semuanya berjalan baik sampailah majlis penutup English week pada harini.


hemmm.. bila tibe majlis penutup ni baruler kteorg sedar yg walaupun pyerlah sbuk dgn assignment yg berlambak2 tu, tp kteorg still boleh bagi commitment dalam menyempurnakan minggu bahasa inggeris ni dgn jayanya. heheh, rupenya kental jugak semangat budak2 asasi TESL ni yerk:)
oklah, berbalik kpd cerita ttg choral speaking td, kteorg (TESL B) students mmg bersungguh2 berlatih unt choral speaking ni.. Pada mulanya mmg stress sbb kne hafal script lagi, nak arrange kedudukan ape semua, semua tu memerlukan komitmen semua ahli. sbb tulah, choral speaking ni yg plg best brbanding yg len. Kalu sorang jer wt masalah, semua xjadi. that's what we call TEAM WORK. pepun trime kasihle kt kteorg pyer conduct NAZA sbb gigih melatih kteorg ni.


practice makes perfect! sepanjang minggu kteorg berlatih choral speaking nim. dgn gaya, tunduk bangunnyer, geleng2 kpale, tunduk2 nyew..pasni ape plak hangguk2 geleng2?? hahah, xdelah.. pendek kate mmg best sgt spnjang kteorg practice. Hari berganti hari, mase berganti mase, tibelah mse unt kiteorg wt persembahan. mse unt pertandingan choral speaking special sket sbb ianya diadakan pd hari terakhir English week sbb yelah kan, nak practice tu msti amik msenya..pilihan colour baju kiteorg adalah putih ngan hitam. comey kan?heheh


Kteorg dpt giliran yg kedua, first berdiri dpn judges mmg nervous sgt sbb syue kne brdiri dihadapan depan skaly. hahah.. mungkin disebabkan kteorg nervous, adalah yg tersasul. tp yg syue respectnyew kteorg pandai cover taw. walaupun ayat yg kluar drp mulut lain dgn script tp bile pk logik judges taw ke script kteorg? so, kteorg wt cool jer sampai la abys perform. Mase dekat2 nak abyh wt persembahan tu mmg la enjoy giler sbb nervous pon dah hilang tambah2 lg ada le students dlm group kteorg siap wt lawak lagi mse perform sampai tergelak judges kt depan kteorg. Bagus sgt sbb lawak tu yg buat kteorg xnervous dah:)


Bila abyh jer prsembahan kteorg ramai2 nyanyi kuat2 dkt dkt luar stage. Ase cam lepas beban kteorg.semua puas hati sbb kteorg dah buat bersungguh2 dah. Besides, group kteorg siap baca doa lagi sblum perform yg diketuai sorang pelajar dlm klaz kteorg iatu Ustaz syed pulut lepa.  Rasa terharu pon ada. sob2.. mse org len tgh sibuk2 practice, kteorg tunduk menadah tangan memohon pertolongan Ilahi agar memberkati usaha kteorg slame ni..mmg special la TESL B ni. power sungguhh!!


Oklah, xnak citer panjang2, kt sini syue ada attach satu video klaz kteorg mse pertandingan choral speaking tu. heheh, sbb tu mse ni baru nak update blog sbb video ni baru jew siap.ok, nilah klaz kiteorg dgn motto.....
POWER! POWER!! TESL B.

siyes nangis tgok video ni T_______________T
we'll miss this moment :(



video


Tinggalkan komen sekali tau :)

Friday, 10 February 2012

Tissue roses:)

Assalamualaikum and hi :))


 Bile pikir2 balik, tengah2 makan maggi ni, best jugak kalau update status kt blog ni. So, kalini nak citer sal bunga ros yg syue buat mse demonstrative speech kat kelas tempohari. Sebab ianya simple dan cantik menjadikannya sgt sesuai unt dijadikan hiasan kt atas meja study korang. Syue pon belajar buat rose ni daripada tutorial kat internet. Mintak maaflah sbb tutorial kt sini barcampur2 kejap kertas tisu tu warna putih kejap warna pink sbb syue amik gambar unt tutorial ni kt dlm internet.syue pyer bunga rose plak wrne kuning. heheh, walau pepun, kertas tisu tu mstilah kertas crepe. Depends on korang la nak gune wrne ape unt bunga korang nanti k.


Baru2 ni syue dapat permintaan untuk sediakan tutorial unt buat bunga ni, tp xsempat lg nak buat. Tapi sekarang korang dah boley cuba buat rose ni. Rose ni sgt simple dan hanya memerlukan bahan2 yang simple je k. Korang boley dapatkan barang2 ni semua dekat kedai buku ataupun bridal shop je :)


Apa yg korang semua perlukan adalah:


1.Crepe tissue paper
2. dawai bunga / pipe cleaner
3. marker pen (ikut suka wrne pe tp biar sesuai dgn warna korang punye crepe tissue paper)
4. 2 klip kertas
5. gunting
6. floral tape (yang balut batang bunga tu)
7. wire cutter (plier)
8. (7.5 cm) circular shape (amik jer bekas bedak kompak korang :) )


now, let's move to the steps


Firstly, korang lipat kertas tisu korang tu macam gambar ni and buat satu bulatan dgn menggunakan bekas bedak kompak korang. ( saiz yg disyorkan adalah 7.5 cm).








Then, gunting bulatan yg korang dah buat td dgn menggunakan gunting.Letakkan klip kertas kt sebelah tepi bulatan bg memudahkan kerja korang :)




kemudian, Korang akan dapat hasil yg macam ni..Korang amik 10 lapisan drp tisu tu k. Sebenarnya boley jer nak amik lebih dari 10 sbb makin byk lapisan tisu, makin kembang bunga korang. cuma takut nanti xbalance dengan korang punya batang bunga. 10 pon dah ok :)




Sekarang, korang boleh  mula mewarnakan sebelah tepi bulatan dgn marker pen megikut warna yg korang suka.







Next, korang akan tebuk dua lubang dkt tengah2 bulatan td dengan menggunakan floral wire atau pipe cleaner. Based on this tutorial, pilihan batang unt bunga rose ni adalah pipe cleaner. Korang pilihla yg mana2 korang suke k.  First skaly korang buat satu lubang dan bengkokkan sedikit batang bunga dkt sebelah atas. Seterusnya, buat another hole dkt sebelah lubang yg korang dah buat td.




Hasil yg korang akan dpt adalah  seperti ni..then simpulkan dua batang bunga tu dkt bawah bulatan.




Tibalah masa unt buat kelopak bunga.Amik satu daripada 10 lapisan kertas tisu tadi dan just putar lapisan tu sesuka hati korang. tp fokus unt buat bunga taw takut nanti bkn bunga yg terhasil tp gumpalan kertas:)




Kendian, teruskan dengan lapisan2 seterusnya sehingga lapisan yg terakhir...


Here is the result..............




Cantik kan?? Kat bawah ni pulak yg syue pyer mse wt demo speech aitu:)


Ok, done with the tutorial..Thank you and have a try!
:)


Tinggalkan komen sekali tau :)

Copyright© All Rights Reserved syuesyiey.blogspot.com