Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 22 November 2013

Masalahh masalahh!! kenapa pening?? Allah kan ada :)

Sungguh sudah sekian  lama aku tidak menaip. Minggu-minggu kebelakangan ini aku terlalu sibuk sehinggakan nak makan pun tak sempat. Tatkala diberi kelapangan sebegini, lantas aku menerjah blog aku yang sudah lama tidak ku update. Terasa terharu  pabila ada jugak follower yang mintak aku update, thanks ye sebab sudi jengok-jengok blog yg tak seberapa ni.  Moga dengan sedikit perkongsian dari hati yang ikhlas ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat kalian semua..

Sebagai hamba Allah yang lemah, kita tidak mungkin dapat lari daripada masalah. Setiap manusia punya masalah masing-masing, mungkin sama atau mungkin juga berbeza dengan individu yang lain. Tahukah kita bahawa masalah itu sebenarnya ujian daripada Allah untuk menguji iman kita? Ramai yang menyangka bahawa masalah yang dihadapi mereka terlalu besar malahan ada yang beranggapan bahawa mereka tidak mampu lepas daripada masalah itu. Nah! disinilah silapnya mentaliti manusia yang mengambil enteng berkenaan perihal masalah. Berbalik semula kepada firman Allah di dalam Alquran dimana Dia ada menyebut bahawasanya Allah tidak akan menguji hambanya melebihi apa yang termampu:

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… "    ( Al-Baqarah: 286)

Justeru itu, wahai orang-orang beriman, kenapa perlu ditangisi akan masalah itu. Bukankah kamu tahu masalah itu adalah ujian dan "hadiah" daripada Allah untuk menguji keimanan kamu? Sedarkah kamu bahawa masalah yang ditimpakan ke atas kamu itu terlalu ringan jika dibanding dengan ujian yang diberikan kepada kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w tatkala diperintahkan untuk menyampaikan ajaran islam dengan mendapat tentangan hebat dan ugutan bunuh dari kaum kafir? Ketahuilah bahawa ramai lagi yang mempunyai masalah, bahkan lebih teruk daripada kamu. Jadi mengapa harus kamu berputus asa dengan ujian Allah sedangkan kamu mempunyai peluang untuk membuktikan keimanan kamu kepadaNya? Masih ramai yang tidak tahu atau mungkin tidak sedar berapa ramai manusia yang dahulunya berada di dalam masalah, lalu Allah keluarkan mereka dengan rahmatNya daripada kesusahan lalu. Tapi, berapa ramaikah yang bersyukur?? Mereka beranggapan bahawa mereka dapat melewati masa-masa itu dengan usaha mereka sendiri, jarang sekali yang benar2 menyangka bahawa mereka berjaya keluar daripanya berkat pertolongan Allah S.W.T

Ramai yang mencari Allah ketika susah, tetapi lebih ramai yang melupakanNya ketika senang. Oleh itu berbanggalah andainya kita ditimpa masalah kerana hal itu membuktikan kasih sayangnya, memberikan peringatan kepada kita akan dosa-dosa lalu, memberi peluang kepada kita untuk muhasabah diri. Kerana itu, masalah itu adalah satu medium untuk kita memperbaiki hubungan kita dengannya. Masalah juga menunjukkan kasih-sayang Allah, bermakna Allah masih lagi mengambil berat pada kita. Bukankah kita tergolong dalam kalangan orang2 beruntung?? Jadi kenapa harus kita tangisi akan hal itu..

Next entry:
Masalahh masalahhh!!! kenapa pening?? berdoalah, Allah sedia membantu :) 
(to be continued..)








Tinggalkan komen sekali tau :)

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved syuesyiey.blogspot.com